Sabtu, 8 November 2014

Kembali kepadaNya

Bila sedih, kita menghadap Allah
Mengadu pada Allah
Dari dulu sampai sekarang, Allah lah yg Maha setia denganku
Tempat ku mengadu
Tempat ku luahkan semuanya
Walau hakikatnya Allah mmg dah tahu
Allah tahu kesedihanku
Allah Maha melihat
Allah tahu apa yg sedang berlaku padaku
Luar dan dalam

Sepanjang kehidupan...
Allah berikan aku tuah hidup yg x ternilai
Aku ada mak yg layaknya seorang mak kepada anak2.
Ayah yg tegas namun penyayang, yg mampu memberikan keperluan hidup yg sempurna.
Adik beradik yg begitu prihatin. Penuh kasih sayang
Suami yg sangat ada ilmu agama. penyabar. Yang membantu kerja rumah. Yang boleh diharap untuk jaga anak2.
Anak2 yg comel. Safiya yg Bijak. Shazia yg Panjang akal dan Harith yg lincah.

Selayaknya, apa yg aku ada, sempurna seperti apa yg seorang manusia perlukan.
Pinjaman yg Allah berikanlah ini yg membuatkan ku hilang kesedihan.
Ketika ku lihat satu persatu anugerah Allah ini...
Aku tersedar.
Terlalu banyak yang Allah kurniakan kepada ku
Kenapa aku harus bersedih lagi?
Kerana sedikit terluka,
Layakkah aku untuk merungut?

Ya Allah.
Ampuni ku
Janganlah aku leka dan lalai
Atas apa aku hidup ini?
Semuanya kerana mu Ya Allah
Aku hidup untuk mendapat redhamu Ya Allah...
Sedarkan lah aku ketika aku hanyut
Terangilah jalanku ketika aku keliru
Ku tahu kau sentiasa dekat dengan ku
Semoga aku sentiasa rasa dekat denganmu
Seperti ku mahu memelukmu Ya Allah...
Hanya Kau yg boleh menghapuskan rasa sedih di hati...
Gantikanlah ia dengan kegembiraan yg tidak terhingga



Selasa, 6 November 2012

Kini...

Alhamdulillah..
Hampir 4 tahun usia perkahwinan ini
3 orang anak kami kini

Safiya

Yang berdikari Yang sensitif Yang kuat berjalan Yang jarang makan nasi Dia permata hati bapanya (",) Shazia Yang ceria Yang lasak Yang... Cuba untuk berdikari Yang meragam bila tiada kakaknya Dia penyeri rumah kami Harith Yang junior Yang besar matanya Yang masih belum nampak taringnya Yang gelap tokohnye ;) Dia hero terbaru keluarga kami Alhamdulillah...kini ku bahagia Dengan suami yang penyayang lagi banyak membantu Beserta anak2 dengan lain2 ragamnya Cukup buat hati ini bahagia Alhamdulillah Ku bersyukur dengan segala nikmat pemberian Allah Ku bersyukur dengan limpah kurnia kasih ini Ku bersyukur dengan segala rezeki ini Moga Allah limpahkan terus kesihatan kami sekeluarga Moga Allah kurniakan kami kebahagiaan yang beterusan Moga Allah terua menerus merahmati dan memberkati kami Moga Allah beri kami kesabaran yang tidak terhingga dalam menempuh dugaan cabaramn dan juga ujianNya Amin amin ameenn (-,-)


Selasa, 26 Jun 2012

Sedih..pilu..

Ku rasa sangat sedih saat ini


Ku perlu mendengar lagu

Mungkin juga zikir untuk terapi diri

Harap Allah mengampuni ku

Hanya Dia yang sangat memahamiku

Lebih dari diriku sendiri

Ya Allah..ku tahu

Kau sentiasa di sisiku

Kuatkan hati ku

Bagiku ruang agar berfikirian rasional

Jangan terikutkan perasaan

Supaya k uterus muhasabah diri

Menilai kekurangan diri

Agar ku tak rasa begitu kecewa

Atas sesuatu yang terjadi